Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Perlu Kursus Pra-Perkahwinan, Hanya Sesi Interview Ringkas Di Kedah

Ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semua pasangan pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga di Kedah kini tidak perlu lagi memgikuti kursus pra-perkahwinan.

tak perlu kursus pra-perkahwinan, hanya sesi interview ringkas di kedah

Sebaliknya, ia digantikan dengan sesi temu duga ringkas yang akan dijalankan kira-kira 15 minit oleh pegawai pejabat agama daerah dan pasangan juga tidak dikenakan sebarang bayaran.

Advertisement

"Kelonggaran yang diberikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) itu mampu menjadi alternatif terbaik menyelesaikan masalah pasangan yang mahu berkahwin disebabkan kursus praperkahwinan tidak dapat diadakan buat masa ini.

"Sesi ini akan berlangsung pada hari akad nikah di pejabat agama daerah. Jadi maksudnya, mereka boleh bernikah walaupun tiada sijil (kursus praperkahwinan)," kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini