Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tidur Berdengkur Bukan Sebab Penat Tapi Ia Tanda Penyakit

Ada diantara kita yang mungkin mengalami masalah tidur berdengkur. Katanya, ia adalah satu perkara normal dan terjadi hanya ketika sedang penat sahaja. Betul ke?

tidur berdengkur bukan kerana penat, tetapi ia tanda penyakit

Advertisement

Menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia, tidur berdengkur bukanlah tanda seseorang itu kuat berkerja, sebaliknya ia adalah tanda penyakit.

tidur berdengkur bukan kerana penat, tetapi ia tanda penyakit

Dinamakan sebagai Obstructive Sleep Apnoea (OSA), penyakit tidur berdengkur ini berisiko dihidap oleh golongan berikut:

1. Berdengkur kuat
2. Lelaki
3. Obese BMI > 35 
4. Hypertension
5. Ukur lilit leher lebih 40cm 
6. Umur >50 tahun
7. Selalu letih
8. Nafas tersekat sekat sewaktu tidur

Sesiapa yang ada 3 atau lebih dari risiko di atas adalah berisiko tinggi untuk ada penyakit OSA.

tidur berdengkur bukan kerana penat, tetapi ia tanda penyakit

Dalam jangkamasa panjang, mereka yang ada OSA ini boleh dapat komplikasi :
1. Paru-paru yang dipanggil pulmonary hypertension.
2. Lemah jantung (heart failure)
3. Darah yang sangat pekat (polycythemia)
4. Risiko darah beku yang tinggi (DVT dan pulmonary embolus)
5. Kesukaran dan masalah ketika dibius.

Sebagai langkah pencegahan, pastikan anda:

1. Pastikan berat badan ideal. Jangan obes. Orang obes memang banyak lemak terkumpul di leher dan tekak. Maka, risiko dengkur tinggi.
2. Kawal tekanan darah tinggi
3. Amalkan gaya hidup sihat
4. Kalau ada risiko risiko di atas, jumpa doktor untuk penilaian lanjut.

Sumber: Facebook Medical Mythbusters Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini