Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Muka ‘Copy Paste’ Betul, Tiga Kembar Seiras Bakal Melahirkan Cahaya Mata Selang Beberapa Minggu

Tiga beradik kembar seiras dari Los Angeles, Amerika Syarikat dijadualkan akan bersalin dalam beberapa minggu selang satu sama lain.

muka ‘copy paste’ betul, tiga kembar seiras bakal melahirkan cahaya mata selang beberapa minggu

Advertisement

Gina, Nina dan Victoria merupakan kembar seiras yang dilahirkan jarak beberapa minit sahaja ketika mereka bayi.

Memetik laporan CBS Los Angeles, tiga beradik ini bakal menimang seorang anak perempuan dan dua bayi lelaki.

Tambahnya, kembar berusia 35 tahun itu dijangka bersalin pada Julai, Ogos dan November mengikut keadaan semasa mereka.

muka ‘copy paste’ betul, tiga kembar seiras bakal melahirkan cahaya mata selang beberapa minggu

Lebih mengujakan apabila mereka bertiga memakai pakaian hamil yang sama dan lumrah saudara kembar, mereka menyukai memakai baju sama ketika keluar bersama.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini