Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiga Sekeluarga Rentung Dalam Kebakaran

tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran

Polis sedang mengesan anak lelaki pasangan warga emas yang rentung dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sekolah Paya Redan, di sini, awal pagi tadi.

Advertisement

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi itu turut meragut nyawa seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun yang dipercayai cucu kepada pasangan warga emas berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lelaki yang berumur 48 tahun yang dikenali sebagai Azman Mohamed difahamkan berada di lokasi kejadian sebelum gagal dikesan.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya mencari lelaki berkenaan bagi membantu siasatan dan memberikan keterangan berhubung kebakaran terbabit.
“Lelaki ini diperlukan bagi membantu siasatan dan pihak polis menggesa agar dia tampil dengan segera bagi memberikan keterangan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini