Jenazah seorang lelaki bernama KH Ahmad Baidowi dari Jawa Timur dikatakan masih kekal elok dan berbau wangi, meskipun sudah dikebumikan hampir tiga tahun.

Kejadian luar biasa itu disedari anaknya, KH Ahmad Sufyan ketika membetulkan kawasan kubur arwah selepas dilanda hujan lebat baru-baru ini.
Advertisement
Menurut Ahmad Sufyan, bapanya dahulu merupakan seorang ahli agama di Dusun Banlalalng, Desa Batoporo Barat, Kabupaten Sampang, Madura.
“Saya perasan tentang keadaan jenazah bapa ketika saya masuk ke dalam lubang kubur untuk membetulkan kayu yang dilapik di atas jenazah.
“Saya terkejut melihat jasadnya berada dalam keadaan baik malah rambut bapa juga masih kelihatan,” katanya kepada Detik.Com.
Tambah Sufyan lagi, arwah bapanya merupakan orang biasa, namun sering menjadi tempat rujukan berkaitan isu agama serta sering mengajar penduduk kampung mengaji Al-Quran.
“Saat dia ingin menghembuskan nafas terakhir, arwah sempat mengucapkan Allahu Akbar sambil tersenyum lalu meninggal dunia dengan begitu mudah dan tenang,” cerita Sufyan lagi.
Sumber: Detik.com