Kucing dan tikus merupakan musuh sejak dari azali lagi.

Advertisement
Sering menjadi mainan dan makanan si kucing, tikus biasanya mempunyai saiz sebesar tapak tangan manusia malah mungkin lebih kecil, membolehkan ia bergerak dalam ruangan sempit.
Berbeza dengan tikus yang ditunjukkan dalam video @AnimalsWorld ini kerana tikus berkenaan mempunyai saiz hampir sama dengan seekor kucing dewasa!

Dalam video tersebut, seekor kucing yang sedang berbaring seakan tergamam apabila melihat kehadiran tikus gergasi sebesar badannya muncul dan berada pada bahagian kakinya.

Tikus tersebut beredar dari situ, dan membuatkan kucing berkenaan seakan terpinga-pinga selepas melihat ‘musuhnya’ mempunyai saiz yang besar sama sepertinya.

Rats are getting huge 😲 pic.twitter.com/03jGfZlJxG
— Nature & Animals🌴 (@AnimalsWorId) January 7, 2021
Rakaman video tersebut menjadi perhatian ramai di Twitter, dengan rata-rata penonton seakan tidak percaya dengan kewujudan tikus sebesar itu.
Sumber : AnimalsWorld