Skip to main content

Advertisement

Hiburan

(Video) Tikus Berjalan Atas Ayam Gantung Dekat Kedai Tomyam Di Bayan Lepas, Penang

Soal kebersihan kedai makan atau restoran sering menjadi isu sejak dari dahulu lagi. Banyak juga kes atau serbuan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap restoran yang kotor, namun ia seakan tidak memberi pengajaran kepada restoran atau pekedai yang lain.

Baru-baru ini, tular lagi video menerusi laman Facebook Penang Kini menunjukkan terdapat seekor tikus dilihat sedang berjalan sambil mencari makanan pada ayam goreng yang digantung pada sebuah kedai tomyam di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Advertisement

(video) tikus berjalan atas ayam gantung dekat kedai tomyam di bayan lepas, penang

(video) tikus berjalan atas ayam gantung dekat kedai tomyam di bayan lepas, penang

Video kiriman pelanggan yang dimuatnaik semula oleh laman berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pengusaha restoran yang tidak mementingkan kebersihan.

Sumber: Facebook Penang Kini

ERA Muzik Hit Terkini