Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Timbang Berat Sebelum Masuk Restoran Cetus Rasa Marah Orang Ramai

Sebuah restoran di China telah membuat ramai rasa tidak puas hati selepas mereka diminta untuk menimbang berat terlebih dahulu sebelum dipadankan dengan hidangan yang sesuai.

timbang berat sebelum masuk restoran cetus rasa marah orang ramai

Bagaimanapun, tindakan restoran itu adalah bertujuan bagi mengelakkan pembaziran makanan ekoran daripada pandemik COVID-19 ketika ini.

Advertisement

Satu alat penimbang besar diletakkan dihadapan restoran yang terletak di bandar Changsha, dan bacaan berat pengunjung akan direkod dalam aplikasi sebelum ia mencadangkan makanan yang sesuai dengan berat mereka itu.

timbang berat sebelum masuk restoran cetus rasa marah orang ramai

Ekoran daripada itu, tandapagar yang mengecam restoran berkenaan telah digunakan hampir 300 juta kali menerusi aplikasi Weibo.

Restoran itu akhirnya tampil membuat permohonan maaf terhadap tafsirannya berkenaan kempen nasional bagi mengelakkan pembaziran itu.

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini