Sumber: PetuaIbu
Dapat parking kat basement parking atau parking berbumbung beruntung sebab kereta tak panas. Tapi kebanyakkan tempat parking memang di bawah sinaran matahari yang panas memancar. Tak perlu lama, biarkan sejam pun dah bahang yang teramat sangat bila masuk.
Advertisement
Apa eh cara tak nak biarkan kereta bahang ? Ada cara tanpa perlu turunkan tingkap pun.
1. Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.
Waktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta supaya pengudaraan kereta beredar hanya dalam kereta je dan kekalkan udara sejuk. Rasanya semua orang lakukan semua ni kan ?

2. Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka
Tapi bila parking, korang buka flap aircond tadi. Jadi, udara panas tak lah terperap kat dalam kereta dan buatkan kereta korang bahang. Sebab tu lah tujuan flap aircond.
Cuba try hari ni !

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
