Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ini Antara Cara-Cara Nak Jadikan Bantal Lebih Empuk

3 cara nak jadikan bantal lebih empuk

Sumber: EH! 

Advertisement

Bantal yang empuk jadikan tidur lebih nyenyak. Seharian penat lakukan pelbagai aktiviti, balik rumah pastinya katil dan bantal yang kita cari dulu. Makin lama bantal tu kita guna makin hilang keempukannya. Jadi, ni 3 cara bagaimana nak empukkan semula bantal tu. 

  • Kaedah Bola Tenis

Mungkin tak ramai yang basuh bantal kan? Paling kurang hanya menjemur sahaja. Cuba basuh bantal dan keringkan dalam mesin pengering kerana ia boleh mengembalikan keempukan bantal. Caranya adalah masukkan sebiji bola tenis yang diletakkan di dalam sehelai stokin dan ikat stokin dari mengelakkan bola tenis tu terkeluar.

  • Kaedah Sinaran Matahari

Tahu tak semua orang mengeluarkan peluh semasa tidur walaupun kita tak rasa peluh tu keluar? Jadi bantal yang lembab menyebabkan ia hilang keempukkan. Jadi jemur di bawah terik matahari supaya matahari menyerap lembapan tersebut. 

  • Kaedah Menggunakan Tangan

Bukan tepuk-tepuk bantal tau. Tapi sebelum tidur, pegang di kedua-dua tepi bantal dan lakukan pergerakan menarik dan menolak semula bahagian tengah bantal. Tumbuk bantal di bahagian sisi tepi. Squeeze bantal untuk pastikan kekabu bantal sentiasa empuk dan rata di setiap penjuru bantal.

ERA Muzik Hit Terkini