Buat mereka yang selalu bercuti, sudah pasti bilik hotel atau rumah sewa akan menjadi pilihan untuk berehat. Namun bagaimana jika gelagat anda dirakam oleh seseorang secara tersembunyi?

Advertisement
Seorang pengguna Twitter, @luqmanhkm93 telah berkongsi tips bagi mengesan kehadiran kamera tersembunyi dalam bilik penginapan anda.
Pernah tak check in hotel atau tempat penginapan? Pernah dengan kamera tersembunyi? Merakam kehidupan privasi anda. Mari saya beritahu bagaimana untuk mengetahui samada ada kamera tersembunyi ataupun tidak. pic.twitter.com/M0DtiKzC9K
— Luqman (@luqmanhkm93) November 5, 2019
1. Kamera disimpan ditempat sukar dilihat
First, selalunya penjenayah akan menyembunyikan kamera ini di tempat-tempat yg sukar utk dilihat mata kasar.
— Luqman (@luqmanhkm93) November 5, 2019
Antaranya ialah:
1) Pengesan asap
2) Penapis udara
3) Buku
4) Hiasan dinding
5) Kotak tisu
6) Teddy bear
7) Kotak TV digital
8) Penyakut pakaian
9) Pen
10) Almari pic.twitter.com/kW3iF5zQDc
2. Tutup lampu bilik dan suluh guna lampu pada telefon
Kedua, sebelum masuk ke bilik, pastikan kesemua lampu ditutup. Pasangkan lampu pada telefon bimbit dan suluhkan pada mana-mana tempat di ruang bilkk tersebut. pic.twitter.com/zx31un1Xw9
— Luqman (@luqmanhkm93) November 5, 2019
3. Gunakan aplikasi pada telefon
Ketiga, buka wifi di telefon bimbit andan dan cuba kesan jika ada talian atau sambungan wifi yg pelik muncul di telefon anda. Lebih mudah, pasangkan aplikasi Fling di telefon. pic.twitter.com/y9FDJGrszo
— Luqman (@luqmanhkm93) November 5, 2019
Rujuk artikel ini untuk cara menggunakan aplikasi.
4. Cabut sambungan kabel.
Keempat, cabut mana-mana kabel yang disyaki kamera tersembunyi tersebut.
— Luqman (@luqmanhkm93) November 5, 2019
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 30 ribu retweet.
Semoga bermanfaat!