Benda ni mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang. Atau pasti akan ada suara yang cakap, " Tak kan nak pilih ikan pun tak tahu?" Ye, betul. Nak pilih ikan memang senang tapi nak tahu yang fresh tak semua tahu. Jadi, kami nak kongsi beberapa cara macam mana nak pilih ikan yang fresh
- Tengok bahagian mata ikan
Ikan yang segar matanya timbul dan jernih. Bukannya dah tenggelam atau warna lain

- Periksa insang
Ambil ikan yang insangnya masih merah pekat.

- Tekan perut ikan
Tekan pada bahagian perut ikan. Kalau kenyal dan melantun balik maksudnya ikan tu fresh!

- Lihat sisik ikan
Pilih ikan yang sisiknya masih cantik dan susah untuk tertanggal. Bukannya ikan yang sisiknya dah lembik dan mudah tertanggal.

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
