
Desas-desus yang mengaitkan Mesut Ozil akan berhijrah ke JDT adalah tidak benar. Dakwaaan ini disangkal oleh pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Advertisement
Baginda menjelaskan dia tidak mahu JDT dijadikan tempat persaraan bagi pemain bertaraf dunia dan hanya pemain yang mampu memberikan komitmen sepenuhnya layak berada di JDT.
Namun, Baginda seakan-akan memberi bayangan untuk mempertimbangkan pemain dari Kelab Sevilla, Papu Gomez sekiranya dia berminat untuk bermain di JDT.
"Saya tidak tahu mana cerita Mesut Ozil ini datang, tetapi jikalau Papu Gomez.. kalau dia boleh memberi saya komitmen dan harga munasabah, insya-Allah. Tetapi Mesut Ozil tidak pernah ada dalam perancangan saya.
Sumber: Bernama