Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tokyo Pula Mengambil Langkah Berjaga-jaga Susulan Trajedi Ngeri Di Itaewon.

Pada 30 Oktober lalu, satu kejadian ngeri telah berlaku di Itaewon, Korea ketika sambutan Halloween dijalankan di mana 151 orang maut dan 78 lagi cedera akibat sesak nafas.

221030130454-05-seoul-crush-gallery-103022.jpegSumber Gambar: CNN

Advertisement

Akibat kejadian itu, polis di Tokyo akan mengambil langkah berjaga-jaga di Shibuya, Jepun agar trajedi yang berlaku di Itaewon itu tidak akan berlaku di negara Jepun.

Shibuya juga merupakan tempat dan tarikan yang terkenal di kalangan generasi muda. Shibuya Crossing dijangka akan lebih sibuk dan sesak sempena sambutan Halloween akan datang. Di samping itu, Polis di Tokyo sentiasa mengingatkan orang awam agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan masing-masing

ERA Muzik Hit Terkini