
Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu kadar tol di empat lebuh raya di Lembah Klang tidak akan dinaikkan dan kekal sehingga tamat konsesi. Keputusan ini dibuat selepas kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya tersebut.
Advertisement
Penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya itu ialah Kesas Sdn. Bhd. yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damasara - Puchong (LDP).
Maklumat berkaitan dengan kelulusan kerajaan mengenai penstrukturan ini akan diumumkan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sumber: Astro Awani