Rakyat Malaysia berpeluang untuk mendapat diskaun tol dan memberikan tol percuma pulang berhari raya bermula hujung bulan ini.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara - Selatan.
Advertisement

Malah, Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan sembilan jaringan lebuh raya juga terlibat dengan pemberian tol percuma ini.
Tawaran tol percuma itu akan bermula pada pukul 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
"Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara - Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing.
Sempena Aidilfitri minggu hadapan, Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun kepada Keluarga Malaysia yang pulang berhari raya. pic.twitter.com/kFBtWnm5k6
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) April 25, 2022
"Ia bermula pada jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:
1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)
2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
(ELITE)
3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)
4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)
Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus:
10. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
11. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)
12. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)
13. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
14. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
15. Lebuhraya Bertingkat Ampang - KL (AKLEH)
16. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
17. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)
Sumber: Awani