Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pekerja Pembersihan Luka Terkena Kaca, ‘‘Tolong Jangan Buang Objek Tajam Dalam Plastik..’’

Tugas pekerja pembersihan khasnya pemungut sampah penuh dengan cabarannya tersendiri.

pekerja pembersihan luka terkena kaca, ‘‘tolong jangan buang objek tajam dalam plastik..’’

Selain terpaksa menahan diri daripada bau busuk sisa buangan, mereka ini berhadapan juga dengan risiko jangkitan bakteria.

Advertisement

Lebih teruk apabila mereka terpaksa pula berhadapan dengan risiko pendarahan akibat daripada tertusuk objek tajam ketika mereka sedang mengutip sampah.

pekerja pembersihan luka terkena kaca, ‘‘tolong jangan buang objek tajam dalam plastik..’’

Menurut satu laporan yang diterbitkan pada 2010, Kesatuan Pekerja Awam Kanada (CUPE) melaporkan 35 peratus pemungut sampah di negara itu mengalami kecederaan ketika bertugas setiap tahun.

Menerusi foto yang tular, seorang pekerja pembersihan sedang mengalami pendarahan pada lengan, dipercayai akibat tertusuk objek tajam ketika sedang membersihkan sampah.

“Saya pengutip sampah dan saya ingin meminta tolong, bila anda pecahkan gelas atau pinggan, jangan terus buang ke dalam plastik sampah.

“Ambil kotak susu dan masukkan serpihan kaca ke dalamnya untuk elakkan kemalangan ketika mengutip sampah,” katanya.

pekerja pembersihan luka terkena kaca, ‘‘tolong jangan buang objek tajam dalam plastik..’’

Bagi mengelakkan ini daripada berlaku, adalah dinasihatkan agar tidak mencampurkan serpihan kaca dengan sisa buangan lain dalam plastik sampah. Jika perlu, labelkan plastik itu elok-elok seperti ini:

pekerja pembersihan luka terkena kaca, ‘‘tolong jangan buang objek tajam dalam plastik..’’

Cara yang terbaik adalah dengan melabelkan bekas seperti kotak yang mengandungi serpihan kaca, agar ia memudahkan pekerja pembersihan untuk lebih berhati-hati ketika melupuskannya.

pekerja pembersihan luka terkena kaca, ‘‘tolong jangan buang objek tajam dalam plastik..’’

Dengan cara ini, ia dapat melindungi nyawa mereka daripada bahaya akibat dari objek tajam.

Sumber: Brandon Swarts

ERA Muzik Hit Terkini