Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tom Cruise Setuju Sahut Cabaran Justin Bieber Untuk Pertarungan UFC

Minggu lalu, tular di media sosial apabila penyanyi, Justin Bieber mencabar Tom Cruise untuk pertarungan UFC.

tom cruise setuju sahut cabaran justin bieber untuk pertarungan ufc

Advertisement

Cabaran yang dilontarkan oleh Bieber itu dimuatnaik menerusi laman Twitter miliknya dan mendapat perhatian Tom Cruise sendiri. Tom Cruise bersetuju untuk menyahut cabaran Bieber turun ke gelanggang octoagon.

tom cruise setuju sahut cabaran justin bieber untuk pertarungan ufc

Namun menurut laporan, Bieber bagaimanapun menyatakan bahawa cabaran itu hanyalah satu gurauan selepas presiden UFC sendiri, Dana White juga bersetuju mengaturkan satu perlawanan antara mereka berdua.

"Saya tidak akan sebut sebarang nama, tetapi saya akan memberitahu anda bahawa saya mendapat panggilan telefon dari beberapa orang yang mengatakan bahawa mereka benar-benar mahu melakukan perlawanan ini dan mereka percaya bahawa Tom Cruise akan lakukannya.

Jika itu benar, dan jika semua orang yang terlibat dalam perkara ini benar-benar mahu melakukannya, kita boleh teruskan. ", kata Dana White.

tom cruise setuju sahut cabaran justin bieber untuk pertarungan ufc

Apa pendapat anda? Siapakah yang akan menang jika perlawananan antara Bieber dan Cruise ini diteruskan?

Siapakah yang akan memenangi perlawanan UFC itu nanti?
Justin Bieber
Tom Cruise
 
 
 
 
 
 
 

Sumber: TMZ Sports YouTube

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini