Piala AFF Suzuki Cup 2018 bakal berakhir tidak lama lagi. Yang pasti dikenang adalah sorakan penyokong yang sentiasa mendapat perhatian.
Menurut Fox Sport Asia, Ultras Malaya tersenarai sebagai penyokong nombor 1 di Asia Tenggara berdasarkan sorakan dan sokongan peminat semasa AFF Suzuki Cup 2018 berlangsung.
#6 – Indonesia
Advertisement
Lihat sahajalah setiap kali perlawanan melibatkan pasukan Indonesia, pasti penuh dengan penyokong yang memakai warna merah akan hadir memberi sokongan.



#5 – Singapura
Walaupun tersingkir dalam saingan kumpulan, penyokong pasukan Singapura tetap setia memberikan sokongan kepada pasukan mereka.


#4 – Myanmar
Sorakan padu penyokong Myanmar juga tak kurang hebatnya dan apa yang menarik perhatian adalah, penyokong mereka sanggup mengemas stadium selepas perlawanan dengan pasukan Malaysia.



#3 – Vietnam
Penyokong Vietnam tersenarai ditempat ke-3 oleh Fox Sport Asia. Punya bersemangat penyokong Vietnam terhadap pasukan mereka, mereka beratur untuk membeli tiket seawal jam 6 pagi.


#2 – Thailand
Lihat sahajalah ketika perlawanan separuh akhir kedua ketika menentang Malaysia, stadium gamat dengan gelombang biru.


#1 – Malaysia (Ultras Harimau Malaya)
Punyalah hebat sorakan dan sokongan peminat bola sepak negara sehinggakan jurulatih Myanmar pernah memberi komen bahawa anak buahnya terganggu dengan sorakan dari penyokong.


Pilot request tadi kena kasi juga sikit. Mengantuk tahu mengantuk? Semoga kita beroleh kemenangan di bumi Vietnam ini! Ayuh harimau malaya! @ultrasmalaya07 @AirAsia pic.twitter.com/VUV1kHIzv7
— HermyR (@HermyRahim) November 16, 2018
Sumber: Fox Sport Asia
