
Sumber: Thelevel.com
Advertisement
Minggu ni adalah minggu terakhir sebelum semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu ini. Maka, berlumba-lumbalah seluruh rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing. Jumlah kenderaan akan meningkat berkali-kali ganda, lebuhraya utama semua akan sesak.
Jadi, untuk tak menambahkan kesesakkan jalan raya untuk pulang bercuti pihak PLUS telah mengumumkan akan menutup lorong tambah nilai bagi kad Touch 'N' Go bermula 22 June 2017 hingga 2 Julai 2017.
Jadi, pastikan korang top up dulu kad Touch 'N' Go sebelum memulakan perjalanan untuk elakkan kesesakkan di lebuh raya. Okay?
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
