Jika anda peminat animasi kartun di kaca televisyen, pasti anda pernah menonton rancangan Dora The Explorer. Nampaknya animasi ini akan ditayangkan dalam bentuk filem yang akan menemui peminat seluruh dunia pada 2 Ogos 2019.

Paramount menerusi akaun Youtube rasmi mereka telah menayangkan trailer daripada filem berkenaan dengan konsep “exploring is not a game”. Watak Dora dibintangi oleh pelakon Isabela Moner, dibantu oleh pelakon lain seperti Michael Peña, Eva Longoria, dan Danny Trejo.




