Hampir setiap bulan, pasti ada sahaja trend cabaran baru yang menjadi ikutan di media sosial.
Terbaru, trend cabaran “Get That Money Challenge” mula diperkenalkan dan kini semakin menjadi ikutan ramai di media sosial.
Advertisement


Cabaran tersebut memerlukan kanak-kanak untuk menangkap kad kredit atau wang yang dijatuhkan di pintu dengan hanya menggunakan dahi.
Jika berjaya, mereka boleh membeli apa sahaja menggunakan kad kredit tersebut. Namun jika gagal, mereka hanya sekadar mendapat sakit benjolan di dahi.
Tidak dapat dipastikan siapa yang memulakan cabaran tersebut, namun ia semakin menjadi ikutan ramai.
Ada yang dah cuba?
