Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Trend Mengecat Haiwan Semakin Menjadi-Jadi, Anjing Warna Hijau Ditemui Di Subang

Sejak akhir-akhir ini, trend mengecat haiwan dilihat semakin menjadi-jadi dan ia sangat membimbangkan.

Mana tidaknya, tindakan tidak berperikemanusiaan ini boleh mengundang kemudaratan dan keracunan toksik terhadap haiwan yang dikenakan cat.

Advertisement

Terbaru, seekor anjing telah dicat keseluruhan badannya dengan warna hijau oleh individu tidak berperikemanusiaan dan menggemparkan penduduk sekitar Subang Bestari.

trend mengecat haiwan semakin menjadi-jadi, anjing warna hijau ditemui di subang

Malah, seekor kucing juga dilihat telah dispray dengan warna biru juga mengejutkan pengguna media sosial.

trend mengecat haiwan semakin menjadi-jadi, anjing warna hijau ditemui di subang

trend mengecat haiwan semakin menjadi-jadi, anjing warna hijau ditemui di subang

Foto-foto tersebut telah dikongsikan menerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association sejak semalam dan mendapat kecaman ramai.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkenaan penganiyaan haiwan, sila laporkan segera kepada pihak berkuasa.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini