Skip to main content

Advertisement

Hiburan

British Airways Perkenal Pakaian Seragam Baru, Benarkan Kru Kabin Pakai Hijab

british airways perkenal pakaian seragam baru, benarkan kru kabin pakai hijab

British Airways baru-baru ini telah membuat perubahan untuk pakaian seragam bagi kru kabin syarikat berkenaan. British Airways telah memperkenalkan jumpsuit dan juga hijab untuk pramugari mereka . Malah bagi yang beragama Islam, mereka dibenarkan untuk memakai hijab ketika bertugas.

Advertisement

30,000 kakitangan  syarikat berkenaan akan dilihat dengan pakaian seragam baru itu menjelang musim panas ini. Seragam baharu ini telah direka oleh pereka fesyen dari Britain, Ozwald Boateng. Reka bentuk pakaian ini mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan dan telah tertangguh sejak tahun 2020 akibat pandemik covid-19.

Bukan sahaja kru wanita, malah kru lelaki turut diberikan pilihan untuk mengenakan seragam baru iaitu suit tiga helai. British Airways dalam satu kenyataan memaklumkan mereka telah menguji pakaian seragam ini selama 6 bulan dalam penerbangan kargo.

Sumber: Sinar Harian/ Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini