Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas Nadia, Tujuh Lagi Haiwan Di Bronx Zoo Positif COVID-19

Selepas seekor harimau Malaya yang dikenali dengan nama Nadia, kini tujuh lagi haiwan di Zoo Bronx, New York turut positif COVID-19.

selepas nadia, tujuh lagi haiwan di bronx zoo positif covid-19

Empat harimau dan tiga singa Afrika di zoo tersebut mula menunjukkan simptom jangkitan sejak awal April dan ujian keatas haiwan berkenaan mengesahkan ia memang dijangkiti virus tersebut.

Advertisement

Menurut Wildlife Conservation Society, ia menjadikan lapan keluarga kucing di zoo berkenaan kini dijangkiti dan punca jangkitan masih lagi disiasat.

Selain Bronx Zoo, langkah pencegahan kini sedang diambil di zoo lain termasuk Central Park Zoo di Manhattan, Prospect Park Zoo di Brooklyn dan Queens Zoo.

Kesemua zoo tersebut ditutup sejak 16 Mac.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini