Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Senarai Tujuh Negeri Tidak Laksana Atau Tangguh PKPB

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan sebahagian besar sektor ekonomi dan sosial, bermula Isnin, 4 Mei.

Bagaimanapun, tidak semua negeri akan melaksanakan PKPB ini pada Isnin kerana ingin membendung penularan jangkitan COVID-19 selain memastikan rakyat dinegeri masing-masing tidak terdedah kepada jangkitan tersebut.

Advertisement

Berikut adalah 7 negeri yang menangguhkan dan/atau tidak melaksanakan PKPB:

1. Kedah

negeri kedah tangguh pelaksanaan pkpb 4 mei ini

Kerajaan negeri Kedah mengumumkan akan meneliti terlebih dahulu garis panduan PKPB bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri itu. Keputusan pelaksaan akan diketahui pada 5 Mei ini.

2. Sarawak

Sarawak memutuskan untuk tidak mengadakan PKPB pada Isnin ini dan perlu mengambil kira keadaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Sabah

Ketua Menteri Sabah akan mengekalkan pelaksaan PKP yang akan berakhir pada 12 Mei ini.

"Pendirian ini diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus itu.", kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

4. Selangor

senarai tujuh negeri tidak laksana atau tangguh pkpb

Kerajaan negeri Selangor pula berkata tidak semua industri akan dibenarkan beroperasi pada Isnin, sambil mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) yang juga akan bermula 4 Mei 2020.

5. Negeri Sembilan

Negeri Sembilan akan melaksanakan kawalan ketat dan membenarkan hanya sektor ekonomi sahaja beroperasi, makanala sektor sosial dan aktiviti sukan tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB ini.

6. Pahang

Kerajaan negeri Pahang pula akan menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai pada Jumaat ini. Justeru, segala ketetapan yang dibuat pada PKP sekarang masih kekal.

7. Kelantan

Satu Jawatankuasa Kerja Keselamatan (Khas) Negeri Kelantan akan diadakan pada Khamis ini bertujuan menyesuaikan keperluan PKPB dengan rakyat di negeri tersebut. Justeru, sehingga keputusan diambil dalam jawatankuasa tersebut, segala ketetapan PKP yang dibuat sebelum ini adalah terpakai dan perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini