Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Terima Pelanggan, Tukang Gunting Rambut Maut Dijangkiti COVID-19

Seorang tukang gunting rambut di Mississipi, Amerika Syarikat, dilaporkan maut selepas dijangkiti wabak COVID-19.

Eugene Thompson dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kurang daripada seminggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-46.

Advertisement

akibat terima pelanggan, tukang gunting rambut maut dijangkiti covid-19

Beliau yang juga pemilik sebuah kedai gunting rambut Taper Nation 1 dan 2, telah jatuh sakit dan positif COVID-19 selepas berterusan menerima pelanggan ketika pandemik virus ini masih menular di negara berkenaan.

Ekoran itu, kedainya terpaksa ditutup seminggu untuk memberi peluang kepadanya berehat.

akibat terima pelanggan, tukang gunting rambut maut dijangkiti covid-19

Menurut kakaknya, Dedra Edwarsa berkata, jururawat di ICU Hospital St Dominic menghubunginya jam 12.22 tengah hari dan beritahu bahawa jantung adiknya itu telah terhenti.

akibat terima pelanggan, tukang gunting rambut maut dijangkiti covid-19

Sehingga kini, Mississippi telah mencatatkan lebih 2,000 kes jangkitan COVID-19, dan masih tiada sebarang perintah kawalan dikeluarkan. Hanya arahan daripada pihak berkuasa sahaja dikeluarkan kepada orang ramai untuk menjauhi sebarang aktiviti perhimpunan.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini