Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebabkan Minat, Suami Tukar Nama Kepada James Bond Tapi Isteri Tak Suka Lalu Merajuk

Terlampau minat dan obses dengan watak James Bond, seorang lelaki di New Delhi, India berusia 33 tahun sanggup menukar dan mendaftarkan semula namanya ke James Bond.

sebabkan minat, suami tukar nama kepada james bond tapi isteri tak suka lalu merajuk

Sebelum ini lelaki tersebut bernama Viks Kardam telah pun nekad dengan keputusan menukar nama kerana terlamapau minat akan karakter filem, James Bond.

Advertisement

Berita tersebut tersebar dengan begitu cepat sekali namun tindakkannya yang mengejutkan itu itu tidak digemari oleh isterinya.

"Berita mengenai perkara ini tersebar dengan begitu cepat, ramai yang anggap ia satu jenaka, tetapi ia adalah kenyataan.

"Isteri saya sangat terkejut, dia pandang saya dengan rasa marah, sudah dua hari dia tidak menegur saya," katanya.

sebabkan minat, suami tukar nama kepada james bond tapi isteri tak suka lalu merajuk

Difahamkan tindakan Kardam untuk menukar namanya itu dirancang sejak tahun lalu dan telah melalui pelbagai jenis prosedur.

Akhirnya, proses telah pun disahkan selesai pada minggu lalu. Dan kini Kardam dikenali sebagai James Bond dalam setiap dokumen penting mengenai dirinya walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarga dan rakan-rakan.

Namun, dia menganggap perkara tersebut sebagai satu kejayaan dan pencapaian dalam hidupnya.

Sumber: India Times

ERA Muzik Hit Terkini