Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Segera Tukar Password Jika Email Anda Ada Dalam Senarai Ini

Sehingga Januari 2017, terdapat kira-kira 3.7 billion pengguna yang mendaftarkan nama mereka kepada email. Ini bermaksud hampir 55% penduduk bumi menggunakan email dalam kehidupan seharian.

Email yang didaftarkan kebanyakkannya digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti akaun media sosial, akaun bank dan pelbagai akaun peribadi lain. Semakin lama semakin banyak akaun yang berjaya di ‘hack’ oleh mereka yang tidak bertanggungjawab oleh kerana kata laluan yang tidak selamat.

Advertisement

segera tukar password jika email anda ada dalam senarai ini

Pakar keselamatan komputer, Troy Hunt, membina sebuah laman web dikenali sebagai Have I Been Pwned bagi memudahkan orang ramai memeriksa email dan username mereka, bertujuan menyemak sama ada email mereka adalah selamat mahupun sebaliknya.

Klik sini untuk semak email anda --> Have I Been Pwned 

segera tukar password jika email anda ada dalam senarai ini

Sekiranya email anda didapati tidak selamat, segera tukarkan kata laluan email anda.

Sumber: Have I Been Pwned , Lifewire

ERA Muzik Hit Terkini