Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tular Gambar Kanak-Kanak Dijangkiti Virus Monkeypox, KKM Tidak Terima Sebarang Notifikasi Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan pihaknya tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet.

Pihaknya membuat kenyataan tersebut apabila ada sebuah hantaran yang tular di media sosial mendakwa anaknya dijangkiti virus monkeypox.

Advertisement

tular gambar kanak-kanak dijangkiti virus monkeypox, kkm tidak terima sebarang notifikasi kes

Namun, KKM menyarankan waris kanak-kanak berkenaan untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan dengan segera jika gambar yang ditularkan adalah benar.

"Sehingga 24 Mei 2022 jam 5.00 petang, KKM tidak menerima sebarang notifikasi berkenaan kes yang dijangkiti virus monkeypox atau kes kanak-kanak yang dikatakan dijangkiti virus monkeypox seperti dalam mesej beserta gambar yang ditularkan dalam media sosial.

"Sekiranya gambar tersebut adalah benar, waris kepada kanak-kanak tersebut dinasihati untuk membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan berdekatan dengan segera untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan," ujarnya.

Tambahnya, KKM menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau menularkan berita yang tidak sahih dan sekiranya berlaku kes-kes penyakit seperti itu individu diminta rujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk tindakan lanjut.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini