Siapa sangka dengan memberi review 1 bintang diatas talian, seorang wanita disaman hampir $1 juta oleh seorang doktor pakar sakit puan di New York.

Michelle Levine yang menjadi pesakit kepada Dr. Joon Song, do New York Robotic Gynecology and Women’s Health, telah memberikan review atas talian mendakwa bahawa peralatan yang digunakan untuk merawatnya adalah peralatan lama.
Advertisement

Doktor yang menuntut saman malu atas pesakit berkenaan mendakwa review tersebut memberikan pesepsi negatif terhadap kariernya.
Levine juga menjalankan kempen atas talian untuk mengumpul dana bagi membantunya mengumpul wang untuk menyelesaikan saman berkenaan. Sehingga kini, beliau berjaya mengutip $1000 sahaja.
Sumber: Youtube
