Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ini Tumbuk Muka Sendiri Selepas Tengok Filem Annabelle

Filem Annabelle: Creation telah menemui penonton di pawagam sejak minggu lepas, dan pelbagai respon dan komen telah diterima.

Tak kurang juga dengan kisah dari Teresina, kawasan utara Brazil apabila seorang wanita berusia 20-an bertindak menumbuk mukanya sendiri selepas menonton filem tersebut.

Advertisement

wanita ini tumbuk muka sendiri selepas tengok filem annabelle

Menurut laporan yang dipetik oleh Daily Mail, wanita tersebut bertindak di luar kawalan sebaik sahaja tamat menonton filem Annabelle bersama rakannya.

wanita ini tumbuk muka sendiri selepas tengok filem annabelle

Video yang dimuatnaik menunjukkan wanita tersebut duduk sambil menjerit diluar panggung wayang.

Wanita tersebut ditenangkan oleh orang ramai dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Turut mendapat perhatian adalah tweet daripada pengguna Twitter, @zulfaqar1994 tentang rumah yang digunakan dalam filem Annabelle ini:

Psst, korang dah tengok ke?

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini