Seorang lelaki berusia 51 telah mencipta rekod tesendiri apabila turun dan naik tangga rumahnya dalam tempoh 24 jam, menyamai ketinggian seperti mendaki Gunung Everest.

Rob Ferguson, memulakan cabaran itu pawa Khamis jam 7.15 pagi dan menamatkan cabaran pada jam 7.45 pagi keesokkan harinya selepas mencatatkan ketinggian 17,600 meter.
Advertisement
Rob mengambil bahagian dalam pendakian itu menerusi cabaran TENZING Everest, bersama dua orang lagi pendaki, Jenny Workdsworth dan Lucy Aspden yang melakukannya dirumah masing-masing.

Bagaimanapun Jenny hanya menamatkan cabaran pada ketinggian 6,500 meter kerana mengalami kecederaan pada buku lali.
Lucy pula menamatkan cabaran lebih sedikit daripada Everest Base Camp iaitu pada 5,380 meter.
Sementara itu, anak kepada individu pertama yang menawan Everest, Jamling Tenzing Torgay berkata, kesungguhan Rob ini seharusnya menjadi inspirasi kepada masyarakat di seluruh dunia.

"Walaupun sedang menjalani perintah berkurung di rumah, bukan bermaksud tidak dapat mencapai sesuatu yang besar dan bermakna," katanya.
Sumber: Metro UK