
Twitter bakal mengenakan bayaran AS$20 sebulan kepada pengguna sah atau akaun yang memiliki “blue check”. Ini adalah sebahagian dari rancangan yang diumumkan oleh Elon Musk susulan pengambilalihan Twitter.
Advertisement
Verge melaporkan pekerja Twitter yang mengemudi projek ini perlu melancarkan ciri terbaru ini menjelang 7 november atau kehilangan pekerjaan.
Pada Jumaat lepas, Musk memuktamadkan perjanjian pemerolehan ke atas Twitter bernilai AS$44 billion.
Sumber: Bernama