Skip to main content

Advertisement

Hiburan

UAE Kini Benarkan Rakyatnya Kahwin Secara Online

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kini membenarkan mana-mana pasangan dinegara berkenaan untuk meneruskan pernikahan secara dalam talian.

uae kini benarkan rakyatnya kahwin secara online

Ia berikutan sekatan pergerakan yang kini dikuatkuasa akibat pandemik COVID-19.

Advertisement

Warga UAE dan penduduk di sana boleh memilih tarikh perkahwinan dalam talian yang dikendalikan menerusi pautan video bersama-sama jurunikah selepas semua dokumen berkaitan diluluskan.

Jurunikah seterusnya akan mengesahkan identiti pasangan dan saksi sebelum sijil nikah diserahkan lepada mahkamah khas untuk disahkan.

Pasangan pengantin akan menerima pengesahan sijil nikah melalui mesej teks.

Perkhidmatan ini adalah susulan Dubai menggantung urusan berkaitan perkahwinan dan penceraian akibat daripada kawalan pergerakan bagi menghalang penularan COVID-19.

Sumber: Gulf News

ERA Muzik Hit Terkini