Skip to main content

Advertisement

Hiburan

UAE Umum Laksana Minggu Bekerja Baharu 4 Hari Setengah Bermula 2022

Bermula 1 Januari 2022, rakyat Emiriah Arab Bersatu (UAE) hanya bekerja empat hari setengah seminggu.

Ia dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sekaligus pelaksanaan minggu bekerja baharu itu merupakan paling singkat di dunia.

Advertisement

uae umum laksana minggu bekerja baharu 4 hari setengah bermula 2022

Pelaksanaan itu dilakukan dengan waktu kerja bagi Isnin hingga Khamis adalah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang, manakala bagi hari Jumaat, waktu bekerja bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Malah, kerajaan juga menyediakan alternatif bagi pekerja kerajaan sama ada mahu bekerja dari rumah pada hari Jumaat dan menyusun jadual waktu bekerja mengikut masa yang fleksibel.

uae umum laksana minggu bekerja baharu 4 hari setengah bermula 2022

Langkah ini dijalankan untuk memberi peluang warganya untuk menikmati hujung minggu yang lebih panjang bagi meningkatkan keseimbangan kerja dan kesejahteraan sosial.

Ia juga bagi menambah baik prestasi untuk mempromosikan daya saing ekonomi yang lebih sihat dan berkembang.

UAE juga dilihat untuk menghubungkan pasaran ekonomi ke peringkat global apabila pelaksanaan ini dilakukan di negara mereka.

Sumber: [1]

ERA Muzik Hit Terkini