Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Pemuda Terengganu Modified Motosikal Boleh Redah Banjir. Kreatif Betul!

Musim tengkujuh dan monsun telah me yebabkan beberapa kawasan dipantai timur ditenggelami air. Ia berlaku hampir saban tahun, menyebabkan penduduk dikawasan ini mencipta alatan tersendiri bagi menghadapi masalah banjir.

Termasuklah ciptaan dua pemuda dari Terengganu ini apabila mereka mengubahsuai motosikal yang mampu meredah banjir dengan cara yang sangat kreatif.

Advertisement

dua pemuda terengganu modified motosikal boleh redah banjir. kreatif betul!

Ikram Shahidi Mat Kail, 24 dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22 tahun, telah mengubahsuai motosikal mereka sendiri jenis Modenas Kriss 110 dan Honda C70, supaya ia boleh berjalan meredah banjir.

dua pemuda terengganu modified motosikal boleh redah banjir. kreatif betul!

Menariknya, pengubahsuaian ini hanya mengambil masa 2 jam dengan menggunakan botol plastik dan saluran udara yang mengalir ke karburetor serta hujung paip ekzos yang diletakkan ditempat tinggi.

dua pemuda terengganu modified motosikal boleh redah banjir. kreatif betul!

dua pemuda terengganu modified motosikal boleh redah banjir. kreatif betul!

Video pengubahsuaian ini telah dikongsikan oleh Bernama menerusi laman Youtube mereka:

Sumber: Bernama

ERA Muzik Hit Terkini