Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kini Sedang Percubaan Klinikal, Vaksin COVID-19 Dijangka Siap Awal Tahun Depan

Ketika dunia sedang menantikan vaksin untuk menyembuhkan wabak koronavirus (COVID-19), pakar perubatan China mendakwa ia dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini atau awal tahin depan.

kini sedang percubaan klinikal, vaksin covid-19 dijangka siap awal tahun depan

Menurut Dr. Sun Jiufeg, penyelidik pasca kedoktoran Universiti Sun Yat-sen di China berkata, mereka kini sedang membangunkan dua vaksin berbeza dengan kedua-duanya kini dalam peringkat percubaan klinikal yang dijangka siap bulan Mei atau Jun ini.

Advertisement

Sebaik sahaja keputusan fasa kedua disiapkan, mereka akan memasuki fasa ketiga percubaan klinikal yang dijangka ambil masa lebih panjang untuk disiapkan serta melibatkan sukarelawan.

“Ketika ini seluruh dunia sedang berusaha keras untuk menghasilkan vaksin berkenaan, dan jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita akan dapat lihat vaksin itu siap digunakan menjelang hujung tahun ini atau awal tahun depan.

“Bagaimanapun bagi penggunaan sebenar vaksin ini, memandangkan permintaannya amat tinggi, kita boleh katakan bahawa vaksin itu pastinya boleh digunakan oleh pesakit, tahun depan,” katanya.

Sementara itu, banyak rawatan alternatif masa kini termasuk ubat tradisional China yang digunakan bagi merawat COVID-19 adalah jelas tidak menunjukkan bukti klinikal mengenai keberkesanannya.

kini sedang percubaan klinikal, vaksin covid-19 dijangka siap awal tahun depan

Namun, penggunaan ubat tradisional ini dilihat agak efektif dalam merawat pesakit COVID-19 di negara republik itu.

“Kami telah berkongsi pengalaman mengenai keberkesanan rawatan ini dengan rakan sekerja dari Malaysia. Kami harap sekiranya keadaan mengizinkan, Malaysia akan memperkenalkan ubat tradisional China ini dalam merawat Covid-19 secepat mungkin untuk membawa manfaat kepada pesakit.

“Setiap rawatan tertentu ada perbezaannya, bergantung kepada pesakit dan keadaan.., jadi kami mengunakan kaedah perubatan yang berbeza bagi setiap pesakit, dan memastikan mereka sesuai dengan keadaan berkenaan,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini