Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Jalani Ujian Kedua COVID-19, Salah Positif Lagi

Penyerang Liverpool dan Mesir, Mohamed Salah disahkan positif COVID-19 untuk ujian kali kedua, ketika berdepan tugas antarabangsa.

jalani ujian kedua covid-19, salah positif lagi

Advertisement

Menurut Persatuan Bolasepak Mesir, Salah menjalani ujian calitan untuk mengenal pasti virus COVID-19 dan keputusannya adalah positif.

Selain Salah, rakan sepasukannya, Mohamed Elneny juga positif COVID-19 bagi ujian kali kedua, kata badan induk bola sepak negara itu.

jalani ujian kedua covid-19, salah positif lagi

Meskipun tanpa kelibat Salah, dalam pertemuan bagi kelayakan Piala Negara Afrika 2021 baru-baru ini, Mesir berjaya menewaskan Togo 3-1, dan menduduki tempat teratas kumpulan.

Salah dalam satu hantaran di Twitter menyebut: "Saya berterima kasih kepada semua orang kerana mengirimkan pesanan yang mendorong dan mendoakan kesihatan saya.

"Saya yakin akan kembali ke padang tidak lama lagi."

Salah juga mungkin akan terlepas aksi Liga Perdana Inggeris berdepan Liecester awal pagi Isnin ini, sebelum aksi Liga Juara-Juara menentang Atalanta pada 26 November depan.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini