Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ingin Rungkai Misteri Angkasa, UK Lancar Kapal Pengejar Komet

Britain dilaporkan akan melancarkan kapal angkasa tahun depan dalam misi untuk mengejar komet dan batu angkasa, serta ingin merungkai misteri alam semesta.

ingin rungkai misteri angkasa, uk lancar kapal pengejar komet

Para saintis dan jurutera UK akan merancang dan membina kapal induk dalam usaha pertama untuk mengesan dan memetakan batu angkasa dalam bentuk 3D.

Advertisement

Pakar dari Thales Alenia Space UK yang berpusat di Bristol dan Harwell, Oxon, akan mencipta "Comet Chaser", setelah syarikat itu menandatangani kontrak.

Kapal itu akan membawa dua prob berukuran 2 kaki panjang milik Agensi Angkasa Jepun, mungkin selama bertahun-tahun lamanya diruang angkasa, sehingga para astronomi dapat menentukan sasaran.

ingin rungkai misteri angkasa, uk lancar kapal pengejar komet

Pakar percaya data yang dikumpulkan nanti dapat membantu menjawab bagaimana Sistem Suria terbentuk kira-kira 4.6 billion tahun yang lalu.

Menteri Sains Britain, Amanda Solloway berkata, beliau bangga dengan idea dan kepakaran UK bekerja bagi merealisasikan program Comet Interceptor.

"Ciptaan luar biasa ini tidak hanya akan meningkatkan pemahaman kita tentang evolusi komet, tetapi juga membantu membuka misteri alam semesta," katanya.

Sumber: The Sun

ERA Muzik Hit Terkini