Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kerajaan UK Mahu Guna Semula PPE Rawat COVID-19 Undang Kecaman Doktor

Kerajaan Britain mendapat kecaman barisan doktor dan petugas kesihatan selepas memberi saranan agar pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakai untuk merawat pesakit COVID-19, digunakan semula ekoran kekurangan stok dan bekalan di seluruh negara.

kerajaan uk mahu guna semula ppe rawat covid-19 undang kecaman doktor

Langkah itu nyata mengundang kecaman kerana ia akan meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 dinegara terbabit.

Advertisement

Kerajaan Britain juga telah mengeluarkan panduan baru untuk hospital yang menetapkan bahawa alternatif kepada gaun panjang PPE mungkin perlu digunakan termasuklah apron.

kerajaan uk mahu guna semula ppe rawat covid-19 undang kecaman doktor

"Panduan ini menjelaskan lagi situasi mengerikan yang dialami beberapa doktor dan petugas kesihatan akibat daripada kegagalan pemerintah.

"Sekiranya dicadangkan agar kakitangan menggunakan semula peralatan, ini mesti disokong oleh fakta sains dan bukannya ketersediaan," kata Rob Harwood, ketua jawatankuasa perunding di Persatuan Perubatan Britain.

Setakat artikel ini ditulis, terdapat 114,217 kes positif jangkitan COVID-19 di UK, dengan 15,469 kematian dilaporkan setakat ini.

kerajaan uk mahu guna semula ppe rawat covid-19 undang kecaman doktor

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini