Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bayaran Gaji Masih Penuh, Ribuan Pekerja Di UK Mula Sistem Bekerja Empat Hari Seminggu

Sistem bekerja empat hari seminggu sudah bermula di United Kingdom (UK) terhadap ribuan pekerja sejak Isnin lalu tanpa sebarang pemotongan gaji.

Memetik laporan CNN, usaha itu merupakan projek perintis yang akan berlangsung selama enam bulan melibatkan 3,300 pekerja daripada 70 syarikat.

Advertisement

bayaran gaji masih penuh, ribuan pekerja di uk mula sistem bekerja empat hari seminggu

Bayaran gaji penuh masih diberikan kepada pekerja bagi projek ini meskipun tempoh bekerja kurang daripada seminggu untuk mengekalkan produktiviti.

Menurut Pengurus Jenama sebuah kilang di London, Sienna O'Rourke, objektif pengenalan sistem bekerja ini bagi meningkatkan kesihatan mental pekerjanya terutamanya selepas pandemik.

"Pandemik membuatkan kami banyak berfikir mengenai kerja dan cara orang mengatur kehidupan mereka.

"Kami melakukan ini untuk meningkatkan kehidupan kakitangan dan ia menjadi sebahagian daripada perubahan progresif di dunia," katanya.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini