Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ular 1.2 Meter Panjang Masuk Dalam Mulut Wanita Masa Tidur

Pelik dan mengerikan tapi itu yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita di Levashi, Rusia selepas seekor ular berukuran 1.2 meter panjang memasuki kedalam mulut wanita semasa sedang tidur.

ular 1.2 meter panjang masuk dalam mulut wanita masa tidur

Memetik laporan dari Daily Mail, ular itu masuk ke dalam mulut wanita berkenaan semasa dia sedang tidur, di rumahnya pada Isnin.

Advertisement

Beliau terus dibawa ke hospital dan doktor memberikan wanita itu bius untuk membolehkan doktor mengeluarkan ular daripada mulutnya.

ular 1.2 meter panjang masuk dalam mulut wanita masa tidur

ular 1.2 meter panjang masuk dalam mulut wanita masa tidur

Menerusi rakaman video yang tular, beberapa pekerja di wad pembedahan menjerit sebaik sahaja melihat saiz sebenar ular berkenaan yang keluar dari badan pesakit.

Keadaan wanita itu juga stabil selepas ular berkenaan berjaya dikeluarkan.

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini