
Beberapa hari lepas agensi Quacquarelli Symonds yang mengeluarkan senarai ranking university telah mengeluarkan senarai rangking universiti terbaik dunia. Dan salah satu university di Malaysia iaitu Universiti Malaya tela berjaya masuk ke dalam senarai 100 universiti terbaik dunia.
Advertisement
Pencapaian tersebut amat membanggakan kerana ini kali pertama university di Malaysia berjaya tersenarai dalam top 100. Sebelum ini, University Malaysia hanyalah berada di tangga yang ke 114 tapi tahun ini melonjak dengan baik sekali.
Bukan Universiti Malaya sahaja, beberapa university awam yang lain juga berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing. Antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia berjaya masuk ke dalam top 200 dengan berada di kedudukan yang ke 184. Universiti Putra Malaysia berada di kedudukan 202.
Tahniah buat seluruh warga pendidikan negara. Untuk melihat 1000 universiti terbaik dunia, korang boleh tengok dekat www.TopUniversities.com
Sumber: New Staits Times
