Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kaedah Kiraan Umur Cara Lama Bakal Dihapus? Rakyat Korea Selatan Akan Jadi Muda Setahun

Korea Selatan sudah lama mempratikkan kaedah pengiraan umur secara tradisional di Semenanjung Korea sejak beratus tahun lama lagi.

Presiden Korea Selatan yang baru dipilih, Yoon Suk-yeol mengumumkan mahu menghapuskan kaedah tersebut.

Advertisement

kaedah kiraan umur cara lama bakal dihapus? rakyat korea selatan akan jadi muda setahun

Menurut Ketua Jawatankuasa Peralihan Presiden, Lee Yong-ho berkata, beliau memaklumkan pentadbirannya sedang menilai untuk menyeragamkan kaedah mengira umur sama seperti negara lain di seluruh dunia.

“Kaedah pengiraan dikenali sebagai Umur Rakyat Korea itu menyebabkan kekeliruan dan mewujudkan kos sosial dan ekonomi yang tidak perlu,” katanya.

Tahukah anda? Korea Selatan mempunyai tiga cara untuk mengira umur seseorang dan negara itu menggunakan sistem kiraan antarabangsa berpandukan tarikh lahir dalam kebanyakan definisi perundangan serta proses pentadbiran sejak 1962.

kaedah kiraan umur cara lama bakal dihapus? rakyat korea selatan akan jadi muda setahun

Kedua adalah  setiap bayi dilahirkan dengan umur 0 tahun, dan akan meningkat satu tahun usia setiap 1 hari bulan Januari.

Menerusi kaedah ini, bayi yang lahir pada Disember 2020 contohnya, akan berusia dua tahun pada Januari 2022. 

Malah, kaedah tersebut mempengaruhi peratusan besar populasi Korea Selatan dalam pelbagai aspek termasuk khidmat kerahan tenaga dan menentukan usia juvenil.

Setiap individu secara automatik akan berumur setahun ketika dilahirkan dan bertambah satu tahun lagi pada 1 Januari tanpa mengambil kira tarikh lahir mereka.

Ia digunakan dalam setiap masyarakat dan cara lama ini masih diterapkan sehingga kini.

Sumber: Kosmo, BBC
 

ERA Muzik Hit Terkini