Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Belajar Jadi Ninja, Universiti Ini Sudah Mula Berikan Ijazah

Jika anda berminat dengan seni mempertahankan diri ninja, Universiti Mie di Jepun adalah tempatnya.

Genichi Mitsuhashi, 45, satu-satunya pelajar yang telah berjaya menamatkan kursus sarjana di universiti berkenaan yang juga terletak ditempat kediaman ninja.

Advertisement

belajar jadi ninja, universiti ini sudah mula berikan ijazah

Kursus selama dua tahun itu mengasah bakat kemahiran dan tradisi seni mempertahankan diri feudal dengan mengiktiraf pelajar mereka sehingga peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD).

belajar jadi ninja, universiti ini sudah mula berikan ijazah

"Saya ada membaca bahawa ninja bekerja sebagai petani pada waktu pagi dan berlatih seni mempertahankan diri pada sebelah petang.

"Oleh itu, saya turut menanam sayur-sayuran dan mengusahakan teknik seni mempertahankan diri selain banyak mempelajari mengenai ninja di dalam kelas," kata lelaki itu kepada pemberita.

belajar jadi ninja, universiti ini sudah mula berikan ijazah

Mitsuhashi juga mempelajari kung fu dan Shorinji Kempo, iaitu seni mempertahankan diri dari Jepun. Beliau juga mengajar kemahiran ninja kepada orang lain selain turut menjalankan perniagaan tempatan.

Universiti Mie juga menubuhkan pusat penyelidikan pertama di dunia yang dikhaskan kepada ninja pada 2017, dan membuka kursus siswazah setahun kemudian.

Kawasan gunung di sekitar kawasan universiti juga dipercayai pernah menjadi markas dan rumah banyak ninja pada suatu masa dahulu.

belajar jadi ninja, universiti ini sudah mula berikan ijazah

Sumber: The Independent

ERA Muzik Hit Terkini