Skip to main content

Advertisement

Hiburan

69 Lagi Kes Dan Satu Kematian Baru Dilaporkan Hari Ini

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 69 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 1 Mei 2020

Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,071, dengan kes aktif sebanyak 1,758 dan 37 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Advertisement

69 lagi kes dan satu kematian baru dilaporkan hari ini

Dimaklumkan juga satu (1) kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kepada 103 orang setakat ini,

Dalam perkembangan sama, sebanyak 39 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 4,210.

Terus patuhi PKP. Duduk di rumah, penjarakan sosial dan kerap cuci tangan.

ERA Muzik Hit Terkini