Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 67 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 10 Mei 2020. Daripada jumlah ini, 49 kes adalah daripada kalangan bukan warganegara Malaysia.
Sehingga 10 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 67 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 49 kes adalah di kalangan
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 10, 2020
bukan warganegara Malaysia.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,656 kes.
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,656, dengan kes aktif sebanyak 1,523 dan 18 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement

Dimaklumkan juga terdapat tiada kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia kekal kepada 108 orang setakat ini.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 96 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,025 kes setakat ini, atau bersamaan 75.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM