Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat sebanyak 184 lagi kes baru jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,530.
Daripada jumlah itu, sebanyak 72 kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 38 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Advertisement

Dukacita juga dimaklumkan, terdapat 3 lagi kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian sebanyak 73 kes, atau 1.61% setakat hari ini.

Dalam pada itu juga, sebanyak 165 kes telah dibenarkan discaj hari ini, menjadikan jumlah kes pulih meningkat kepada 1,995 atau 44.04% daripada jumlah keseluruhan kes.
KKM turut memaklumkan, terdapat 224 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19, dan ia bukan berpunca daripada pengedalian kes COVID-19 di wad.
Sumber: KKM