Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 70 kes baru jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, 11 Mei 2020. Daripada jumlah ini, 31 kes adalah daripada kalangan bukan warganegara Malaysia.
Terkini #covid19malaysia, 11 Mei
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 11, 2020
Daripada 70 kes baharu, 31 adalah daripada Bukan Warganegara Malaysia. Daripada jumlah itu juga, 13 adalah daripada kes import, bermakna 57 lagi adalah membabitkan penularan tempatan. pic.twitter.com/6x0mJx479r
Ini juga menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia meningkat kepada 6,726, dengan kes aktif sebanyak 1,504 dan 20 jumlah pesakit kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Advertisement

Dimaklumkan juga terdapat satu (1) kes kematian dilaporkan oleh KKM setakat jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 109 orang setakat ini.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 88 lagi kes pulih dan telah dibenarkan discaj, dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh juga meningkat kepada 5,113 kes setakat ini, atau bersamaan 76.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM